Tempatan

Yayasan Amal Rayu Bantuan Untuk Mangsa Gempabumi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh)-Yayasan Amal Malaysia merayu bantuan untuk membolehkan mereka membantu mangsa gempabumi yang dahsyat di Pakistan sekarang. Menurut Dr. Halimah Ali, Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia, gempa bumi yang dahsyat di Pakistan, Afghanistan dan India yang dianggar sekarang ini mencecah angka 40,000 kematian.

"Saya menyeru kepada semua yang disebutkan Nabi s.a.w.sebagai 'ikhwah' kepada mereka yang menderita sekarang ini, kelaparan, kesakitan, kesejukan, kesedihan dan ketakutan untuk membantu mereka di sana.
s
"Sewajarnya kita yang kononnya memperjuangkan agama Nabi ini harus proaktif ke depan untuk membantu saudara-saudara kita yang telah di beri ujian berat oleh Allah swt sebelum masa kita tiba, Naudzubillah.
s
"Sesungguhnya pengorbanan kita akan diberi ganjaran yang berlipat ganda sempena bulan yang mubarak ini. "Ayuhlah saudara, geraklah sesiapa sahaja yang ada rasa prihatin dan berperikemanusiaan untuk membantu YAYASAN AMAL MALAYSIA yang akan menyalur terus bantuan kepada mangsa gempa bumi," kata Dr Halimah dalam kenyataannya.
s
Menurut beliau, adalah diramalkan wabak Taun akan menyerang kawasan bencana ini apabila 'loji' pecah dan banyak mayat masih tertimbus.
s
Akibatnya, tidak ada langsung air bersih yang boleh diminum, wabak radang paru-paru kerana cuaca sejuk, tidak cukup makanan, wabak campak dan pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa mereka yang terselamat daripada gempa bumi ini.
s
"Kematian dianggar berlipatkali ganda sekiranya bantuan segera yang mencukupi tidak disalurkan," katanya. "Sila hubungi mereka yang berkenaan untuk menyalurkan bantuan anda. Semoga Allah swt membayar pelaburan anda berlipat kali ganda," katanya.

Mereka yang boleh dihubungi adalah:

  • Jamal (0196644796)
  • Aszmi (0192568820)
  • Dr. Halimah (0193152939)

Atau hantar terus ke Poliklinik & Surgeri Dr. Halimah(0333236988).
dipetik dari www.harakahdaily.net

0 Comments:

Post a Comment

<< Home