Tempatan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia Seru Boikot Colgate Thailand

Memorandum Bantahan kepada Kerajaan Thailand yang telah diserahkan kepada Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur pada Isnin 3 Oktober 2005 jam 12 tengahari
s
Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Selatan Thailand tidak akan lupa akan peristiwa bulan Ramadhan 2004 di mana berpuluh-puluh warganegara Thailand beragama Islam telah meninggal dunia akibat lemas setelah ditimbun di dalam trak-trak askar.
s
Mereka juga tidak akan dapat melupakan layanan buruk askar-askar Thailand – samada yang telah tersiar mahupun tidak tersiar melalui media massa - terhadap umat Islam.
s
Umat Islam tidak akan lupa dan sentiasa akan merasa tersentuh tatkala mengenangkan nasib beratus-ratus mangsa yang dipaksa meniarap dan merangkak sambil dibelasah dengan senjata serta tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan lain arahan Perdana Menteri Thaksin.
s
Kini Ramadhan muncul kembali dan umat Islam di negara itu masih lagi tidak sunyi dari ditindas oleh kerajaan Thaksin - malah ianya digerakkan secara lebih halus dan kejam lagi. Pelanggaran hak asasi manusia ini haruslah dipandang lebih serius oleh kerajaan-kerajaan ASEAN kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini. Oleh yang demikian:
  1. sPersatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi mengecam tindakan askar-askar Thailand dan Perdana Menteri Thaksin yang telah secara membabi buta menyerang dan memburu orang-orang Islam yang tidak berdosa terutamanya golongan yang berkait rapat dengan institusi agama Islam di keempat-empat wilayah Islam itu.
    s
  2. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar Perdana Menteri Thaksin mengadakan siasatan yang adil serta lebih mendalam dan memberkas dalang penyebab kacau-bilau yang mengakibatkan umat Islam yang tidak tahu–menahu dari terus tertuduh dan dibunuh secara kejam saban hari.
    s
  3. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar kerajaan Thaksin menggunakan peruntukan pengisytiharan darurat di Wilayah Selatan itu secara bijaksana dan berkesan untuk mengembalikan keamanan dan mengenalpasti punca sebenar kekacauan yang berlaku dan membawa semua puak yang terlibat ke meja perundingan dan menyelesaikan apa jua masalah secara diplomasi.
    s
  4. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar Perdana Menteri Thaksin menggeledah semua sarang dan modus operandi kumpulan pengedaran dadah, penjual senjata haram dan konco-konco yang terlibat dengan rasuah serta membanterasnya secara total tanpa membabitkan masyarakat Islam yang tidak berdosa secara keseluruhan.
    s
  5. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar semua umat Islam diberikan perlindungan sewajarnya di atas dasar perikemanusiaan serta diberikan layanan yang adil dalam apa jua kemelut yang melanda di selatan negara itu.
    s
  6. Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mendesak kerajaan Malaysia agar melindungi mereka yang masuk ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan sehingga mereka berjaya dihantar ke negara ketiga.
    s
  7. Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mengaturkan tindakan pemulauan ekonomi serta lain-lain program yang sewajarnya untuk memberikan isyarat yang yang jelas dan keras kepada kerajaan Thailand agar memberhentikan segala kegiatan berbau kebinatangan dan biadap terhadap umat Islam. Ketika ini kami telah pun menganjurkan boikot terpilih barangan Thailand iaitu Ubat Gigi Colgate dan Ayam CP Lima Bintang .
    s
  8. Kami juga menuntut agar kerajaan Thailand merangka program pembangunan rakyat selatan Thailand itu dengan lebih teratur dan saksama serta mewujudkan wilayah yang produktif bagi menjamin keadaan sempadan kedua-dua negara satu kawasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
    s
Dato' Dr. Ma'amor Osman Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia
http://www.muslimconsumer.org

0 Comments:

Post a Comment

<< Home