Tempatan

Selesaikan teka-teki, polis diminta dedahkan siapa dato' itu

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Hrkh)- Selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Noh Omar menafikan, dia dato'yang ditangkap bersama berpuluh-puluh pelacur dalam operasi mencegah maksiat oleh polis baru-baru ini, persoalan yang dibangkitkan oleh berita Harakahdaily Jumaat lepas belum terjawab sehingga kini.

Dalam berita itu, Harakahdaily melalui kenyataan AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof, meminta polis mendedahkan siapakah dato' yang ditangkap itu.

Berita Harakahdaily.net

Oleh kerana Noh adalah Timbalan Menteri yang menjaga urusan polis, beliau sendiri diminta mendedahkan siapakah dato' itu, jika tidak lebih ramai lagi dato'yang bakal terfitnah sebagaimana beliau.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri adalah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hari ini, akhbar NST menyiarkan penafian Noh yang mengatakan beliau berada di Kluang ketika kejadian itu berlaku.

Berita NST

Oleh itu, kata Noh, tidak benar sama sekali berita angin yang mengatakan beliau adalah dato' yang dimaksudkan oleh media itu.

Hampir semua akhbar pada Jumaat, 30 Disember lepas menyiarkan seorang dato' turut ditangkap bersama 43 lagi tetamu dan pelacur yang ditangkap di SPA dan Karaoke di sebuah hotel lima bintang di Subang Jaya.

Laman web Umno-reform melaporkan orang lain yang ditangkap bukannya Noh tetapi pegawai kanan Noh turut sama ditangkap.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home