Tempatan

Adun PAS Pengkalan Pasir Kelantan Meninggal

KOTA BHARU, 31 Okt (Hrkh) - Adun PAS Pengkalan Pasir, Kelantan, Wan Abdul Aziz Wan Jaffar, 55, meninggal dunia di Pusat Perubatan Kota Bharu (KBMC) jam 6.10 pagi tadi.

Jenazahnya dijangka akan disembahyangkan jam 11.30 pagi di rumahnya, di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas dan akan semadikan di tanah perkuburan berhampiran.

Mengikut peraturan yang ada, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kawasan itu dalam masa 60 hari selepas ianya di maklumkan secara rasmi oleh Speaker DUN Kelantan.

Allahyarham sebelum itu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, di Kubang Kerian. Dan beliau dipindahkan ke KBMC petang semalam, selepas keadaannya agak tenat.

Berada di sampingnya sebelum meninggal dunia, isterinya, Kamariah Jaffar dan anak-anaknya. Jenazahnya dibawa pulang ke Kampung Kubang Bemban dengan diiringi Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Takiyuddin Hassan dan Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak. Anak sulungnya Wan Noor Ezreen, 28 adalah Penolong Pengarah (Multimedia) Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau dikesan menghidapi kanser hati pada Julai lalu ketika sedang menjalani rawatan penyakit batu karang di Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Kemudian menjalani rawatan lanjut di Hospital Selayang, Sri Kota Medical Centre di Kelang dan Hospital Pakar Perdana.

Dilahirkan di Kampung Pohon Buluh, Pasir Mas dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Pasir Mas di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan.

Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Timbalan Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan di Tumpat. Allahyarham menyertai pilihan raya buat pertama kali di DUN Pengkalan Pasir tahun lepas dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat.

Beliau juga adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Pasir Mas. Sebelum itu Ketua Penerangan 2003 - 2004. Pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha PAS kawasan 1989 - 2003 dan anggota Majlis, Majlis Daerah Pasir Mas.

Jenazahnya dijangka disembahyang dengan diimami Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 11.30 pagi ini. Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Nyior, tidak jauh dari rumahnya.

Sehingga kini orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke rumahnya. Turut kelihatan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan Pusat. Al Fatihah

Abdullah Kecewa Kemelut GPMS

30 Oktober 2005(Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa dukacitanya dengan kemelut dalaman Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Perdana Menteri yang pernah menerajui pertubuhan itu pada satu ketika dahulu, berkata kemelut merebut kuasa tidak pernah berlaku dalam GPMS dan para pemimpinnya sekarang harus menyelesaikan masalah yang timbul.

"Biar mereka selesaikan, anak-anak muda harus diajar supaya menyelesaikan masalah asalkan mereka jangan melebihi batas," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Kebangsaan (Mayang) di sini.

Perdana Menteri berkata GPMS adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dan mempunyai perlembagaan, oleh itu semua anggotanya haruslah mematuhi peraturan dan perlembagaan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemelut GPMS yang dikatakan terus meruncing apabila kumpulan yang mendakwa mengambil alih pucuk pimpinan gabungan itu bertindak menggantung sementara jawatan Presidennya, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Pemangku Presiden Shahril Rejab pula berkata, alasan penggantungan adalah disebabkan ahli-ahli telah hilang kepercayaan kepada presiden dan beberapa pemimpin lain.

Sebelum itu, Suhaimi terlebih dahulu telah memecat Shahril sebagai anggota pertubuhan atas alasan melanggar disiplin dan telah menjejaskan nama baik pertubuhan.

Kemelut perebutan kuasa mula berlaku apabila Shahril secara terbuka menyatakan bahawa beliau bersama beberapa pemimpin GPMS yang lain akan menyokong Naib Presiden GPMS, Reezal Marican Naina Merican untuk mencabar Suhaimi bagi jawatan itu.

Dalam perkembangan lain, Abdullah melahirkan rasa bimbangnya dengan kemerosotan kedudukan Universiti Malaya (UM) kini berada pada ranking ke-169 berbanding ke-89 tahun lepas daripada 200 buah universiti yang terpilih di seluruh dunia.

Katanya, pihak pengurusan dan pentadbiran UM harus mengkaji sebab-sebab kemerosotan kedudukan itu dan apakah kriteria yang terpilih untuk menjadi universiti yang terbaik.

"Kriteria kita mungkin berbeza dengan kriteria universiti negara asing kerana kita menumpukan pembangunan sumber manusia disamping membuka peluang yang luas kepada rakyat untuk mendapat pelajaran," kata beliau.

Dalam ranking terkini 200 universiti terbaik yang disiarkan oleh Sisipan Pengajian Tinggi 2005 akhbar The Times di United Kingdom semalam, UM yang dianggap sebagai universiti terulung Malaysia, berada pada ranking 169, jatuh daripada kedudukan ke-9 tahun lepas.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kepada guru di sekolah semata-mata kerana ia adalah tanggungjawab utama ibu bapa.

"Guru dapat menjadikan seseorang anak itu pandai tetapi kepandaian tidak sememestinya anak-anak yang mempunyai moral. Ramai anak-anak muda yang pandai sekarang tidak mempunyai moral yang baik dan disebabkan itu mereka memang pandai bekerja di bank dan juga pandai mencuri wang bank," katanya.

Abdullah berkata kerajaan tidak mahu mempunyai generasi muda yang menjadi modal insan yang pandai dan berpelajaran tinggi tetapi tidak mempunyai moral dan berakhlak rendah sehingga terlibat dengan pelbagai masalah sosial.

Sehubungan itu, beliau berharap penubuhan Mayang akan dapat membantu mengenal pasti isu-isu sosial dan mengambil tindakan secara muafakat untuk mengatasi isu itu.

www.malaysia-today.net

Adun Kadok Prihatin Nasib Kehidupan ‘Hero Asia’


KOTA BHARU, 27 Okt (Hrkh) – Membaca berita ‘Hero Asia kini menganggur’ membuat banyak pihak melahirkan rasa terkeliru kerana pemuda yang begitu berjasa itu dibiarkan bersendirian tanpa sebarang pembelaan.

Lebih-lebih lagi majikan tempat kerjanya sebelum ini, Nepline Delima yang sepatutnya banyak berhutang budi di atas pengorbanan tinggi Mohamad Hamid, 28 menyelamatkan kapal daripada dilarikan lanun pada 14 Jun lalu.

Malah lebih menarik lagi apabila majalah Time keluaran 10 Oktober lalu menyiarkan rencana khas mengenai Mohamad. Wira itu disamakan taraf dengan pengasas akhbar harian Kemboja, Benard Krisher, pemain tenis India, Sania Mirza dan pemain bola sepak Manchester United, Park Ji Sung.

Biar pun bekas majikan dianggap kurang memberi perhatian, namun penduduk kampung dan Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman tetap prihatin terhadap nasib anak muda Kampung Biah, Kadok itu.

Selepas Mohamad menyelamatkan kapal Nepline Delima beliau diraikan pada majlis solat hajat yang diadakan di Masjid Batu 8 Kampung, yang dihadiri ratusan penduduk tempatan. Pada majlis itu, Adun Kadok menyampaikan cenderahati kepada Mohamad.

Turut diraikan ayah kepada Mohamad, Hamid Mat Hassan, 64 dan penduduk kampungnya. Manakala pagi tadi, Mohd Shukri membawa hampel dihadiah kepada Mohamad sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi.

“Saya sentiasa berkunjung ke rumahnya untuk bertanya khabar. Malah sebelum ini cuba berusaha mencari pekerjaan yang sesuai kepadanya. Namun sehingga kini belum lagi diketemui.

“Insya Allah kalau ada rezeki mungkin ada kerja yang sesuai untuknya dan beliau tidak perlu lagi pergi jauh untuk mencari rezeki,” katanya.

Pada 14 Jun lalu Mohamad menyelamatkan rakan-rakan dan kapal Nepline Delima yang memuat minyak bernilai RM12 juta, ketika sedang dalam pelayaran ke Myanmar. Keberaniannya dan tidak mudah panik berdepan dengan suasana cemas, akhirnya menyebabkan 10 lanun berjaya ditangkap.

Baru-baru ini sebuah akhbar pada tajuk kecil di muka satu menyiarkan tajuk ‘Hero Asia kini menganggur’ dan sehari selepas itu, ‘Hero Asia’ tolak tawaran Nepline Delima bekerja di atas kapal.

Mohamad ketika ditemui sebelum ini memberitahu tidak lagi berminat bekerja di atas kapal kerana khuatir akan diintip lanun yang dipercayai mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Persatuan India Muslim Cawangan Kelantan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar di Dewan Jubli Perak MPKB BRI petang semalam.

Lebih 100 ahli persatuan itu hadir termasuk pengerusi persatuan terbabit, Haji Thasleem Mohd Ibrahim. Hadir sama anggota Exco, Abdul Patah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB BRI, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman.

Manakala petang ini, anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah meraikan wartawan pada majlis berbuka puasa di Perdana Resort. Petang esok pula majlis penyampaian bantuan kepada penduduk miskin akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

Manakala pada sebelah malamnya bertempat di Mini Stadium Pasir Mas, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan akan mengadakan program 'makan colek perdana' bermula jam 9.30 malam. Colek bernilai RM10,000 disediakan kepada orang ramai.

Pelajar Anti Kongkongan Mula Dikenakan Tindakan

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Walaupun berjaya meletakkan semua kampus di bawah kumpulan perlajar pro Umno (Aspirasi) melalui pilihan raya kampus 29 September lalu, tetapi nampaknya mereka masih tidak berpuashati.

Kumpulan pelajar yang didapati terlibat dengan elemen yang menentang kumpulan Aspirasi kini sedang dikejar sehingga ke lubang cacing.

Sehingga kini, tujuh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) yang dikira termasuk dalam kumpulan anti kongkongan ini mula menerima tindakan dari universiti masing-masing.

Yang paling jelek sekali adalah apabila dua dari mereka diambil tindakan kerana terlibat dalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tentang penyelewengan yang sedang berlaku di kampus mereka.

Lima lagi pula diambil tindakan kerana menyertai perhimpunan di perkarangan bangunan Parlimen menjelang Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.

Tetapi tidak ada seorang pun diambil tindakan kerana berarak berjumpa Timbalan Presiden Umno bagi membantah perhimpunan di bangunan Parlimen itu.

Hari ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sekali menganjurkan perjumpaan dengan dengan Suhakam (gambar)bagi memaklumkan kepada badan yang ditubuhkan untuk membela hak asasi manusia itu tentang perlanggaran hak asasi mereka sebagai pelajar.

Memorandum itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Munir Yaakob.

Dalam kenyataan medianya hari ini, SMM berkata, isu-isu yang berlaku ke atas tujuh pelajar ini merupakan satu bentuk pencabulan terhadap hak asasi manusia kerana kes-kes yang disabitkan ke atas mereka adalah berkaitan dengan hak untuk mahasiswa berkumpul dan bersuara.

"Antara yang dikenakan tindakan hanya kerana didapati terlibat dalam penyerahan memorandum kepada pihak Suhakam pada 7 Oktober 2005 yang lepas," kata kenyataan itu.

Bayangkan apabila anda menerima satu surat pertuduhan dari pihak pentadbiran kampus anda yang memaklumkan, anda didapati bersalah kerana mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pelik kan tetapi ini adalah cerita benar.

Inilah yang dialami oleh dua dari tujuh pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) ini.

Tujuh pelajar ini sedang dibicarakan atau sudah menerima surat pertuduhan untuk dibicarakan.

Sehingga kini, tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah didakwa kerana menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen 21 September lalu bagi membantah penyelewengan dalam pilihan raya kampus lalu.

Mereka adalah Ridhuan bin Othman @ Abdul Razak, Mohd Hisyamuidn bin Ghazali dan Ahmad Tariq bin Kamarudin.

Ketiga-tiga mereka dituduh dibawah Akta Universiti dan Kolej 1971.

Di samping itu, Ridhuan Othman bersama seorang lagi pelajar lain, Lim Sok Swan juga dituduh kerana memboikot pilihanraya kampus di UPM dalam pilihanraya kampus lalu.

Yang peliknya, kedua-duanya juga dituduh kerana terlibat menyerahkan memorandum kepada Suhakam pada 7 Oktober lalu.

Dalam pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa bersalah kerana berhimpun di perkarangan Masjid Negara sebelum berarak ke pejabat Suhakam bagi menyerahkan memorandum itu.

Jika mereka didapati bersalah, ada lima hukuman yang menanti mereka iaitu amaran, denda tidak lebih RM200, gantung kemudahan universiti, gantung universiti atau penyingkiran dari universiti.

Ex-Sabah Minister Detained


KOTA KINABALU: A former state minister has been detained after a 20-year-old youth was shot dead after a fight at the Donggongon township in Penampang near here.

The ex-minister, who is from a prominent Kadazandusun family, was said to have been seen at the scene of the incident outside the Donggongon library, where his son was among those involved in a fight between two groups of youths about 4am.

Police declined to reveal his name at a press conference yesterday but people in the heartland of the Kadazandusun community could not stop talking about the shooting, given the prominence of the former minister’s family.

The talk at the weekly Sunday market and coffee shops at Donggongon, where people congregated after church service, was hotter than during the election period.

State Criminal Investigation Department chief Senior Asst Comm (II) Mortadza Nazerene told reporters that the politician and the others detained were all related.

“We will be asking for their further remand tomorrow (today), when the post mortem of the victim would also be carried out,” he said yesterday, when giving brief details of the incident.

According to him, the two groups of youths had clashed outside the library at Jalan Taipakkung over a “misunderstanding”.

SAC (II) Mortadza said police arrested several people on the spot and others from around Penampang and the city. Police also seized a shotgun, swords, axes and sticks from those arrested.

The shotgun was licensed to one of the arrested men.

“Only a post mortem could indicate whether Anthony died of one or more gunshot wounds. Also, at this moment, we cannot say what led to the misunderstanding,” he said.

A police task force headed by SAC (II) Mortadza has been formed to investigate the murder.

Those with information on the shooting are urged to contact Chief Insp Zunaidi Junoh at Tel 088-712 222 (Penampang police station) or Sabah police headquarters at Tel: 088-450 222. - Ruben Sario


The Star 24 Oktober 2005

Hero Asia kini menganggur


KOTA BHARU 22 Okt. - Mohamad Hamid, 28, yang menjadi penyelamat dalam insiden rampasan kapal Nepline Delima oleh sekumpulan lanun di Langkawi pada 14 Jun lalu diiktiraf oleh majalah Time sebagai Hero Asia.

Majalah tersebut dalam keluaran 10 Oktober lalu turut menyiarkan rencana khas dengan tajuk `Mohamad Hamid Penentang Lanun'.

Tetapi Mohamad yang menganggap dirinya sebagai budak kampung dan kini menganggur, dengan rendah diri menyifatkan pengorbanannya itu sebagai sumbangan kecil dan tidak layak untuk digelar hero.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Biah, Jalan Peroi di sini hari ini, beliau berkata, ramai lagi tokoh di negara ini yang lebih layak digelar sebagai hero.

``Majalah itu turut meletakkan saya setanding dengan pengasas akhbar harian Kemboja, Benard Krisher; pemain tenis India, Sania Mirza dan pemain bola sepak kelab Manchester United, Park Ji Sung,'' katanya.

Dalam kejadian 14 Jun lalu, kapal tangki Nepline Delima yang sarat dengan muatan diesel dirampas oleh 10 orang lanun bersenjata di perairan 25 batu nautika dari Langkawi ketika ia dalam pelayaran dari Singapura ke Myanmar.

Bagaimanapun keberanian Mohamad yang sanggup terjun dari kapal itu untuk memaklumkan peristiwa berkenaan kepada polis telah menyelamatkan nyawa 19 orang anak kapal berkenaan.

Mohamad berkata, berikutan pengiktirafan itu, majalah tersebut turut menjemputnya menghadiri satu majlis perjumpaan di Taiwan penghujung tahun ini.

Bagaimanapun katanya, tawaran itu terpaksa ditolak kerana dia tidak yakin untuk memberi ucapan di hadapan orang ramai selain memikirkan pengorbanannya itu hanyalah kecil.

``Memikirkan saya ini cuma budak kampung dan tidak gemar untuk menonjolkan diri adalah lebih baik saya menolak tawaran itu,'' katanya.

Sementara itu, Mohamad memberitahu, dia kini tidak mempunyai pekerjaan selepas menamatkan perkhidmatan dengan syarikat perkapalan itu beberapa minggu selepas kejadian berkenaan atas nasihat keluarga.

Bagaimanapun katanya, sejak dua bulan lalu kepalanya sering sakit terutamanya setiap kali dia melihat laut.

``Akibat penyakit tersebut, saya telah menemui doktor termasuk mendapatkan rawatan tradisional, namun sakit kepala saya itu masih tidak sembuh,'' katanya. - NIEZAM ABDULLAH

Mingguan Malaysia 23 Oktober 2005

Isteri PM Datin Seri Endon Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia di kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya jam 7.55 pagi ini setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser payu dara.
`
Berita mengenai kematian Endon disampaikan oleh Abdullah kepada Pengerusi Bernama Datuk Mohd Annuar Zaini sejurus selepas itu.
`
Allahyarham Endon, 64, menghembus nafas terakhir kira-kira 18 hari selepas kembali daripada menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
`
Allahyarham meninggalkan dua orang anak.
`
Pejabat Perdana Menteri mengumumkan orang ramai boleh menziarahi jenazah Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir di Seri Perdana mulai jam 11 pagi melalui pintu utama kediaman rasmi itu.
`
Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa ke Masjid Putrajaya untuk disembahyangkan pada waktu Asar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 20, Putrajaya.Abdullah bersama-sama dua anaknya Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu, anak kepada Kamaluddin berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembus nafas terakhirnya.
`
Ibu Allahyarham Datin Mariam Abdullah juga berada di sisinya.Beberapa menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membatalkan semua acara rasmi masing-masing.
`
Antara acara rasmi yang sepatutnya dihadiri Najib ialah pelancaran Jersi Kebangsaan untuk Sukan SEA di Manila pada akhir tahun ini.
`
Berita kematian Endon, ketika orang ramai hendak memulakan urusan harian, mengejutkan negara yang kemudiannya diselubungi suasana dukacita.
`
Cuaca di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya mendung seolah-olah turut merasai pemergian beliau ke rahmatullah.
`
Stesen-stesen radio dan televisyen memberi penghormatan dengan menukar program rutin kepada irama syahdu dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
`
Kebanyakan juruhebah radio mengajak pendengar masing-masing mensedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.
`
Berita sedih itu mula disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Bernama sebelum ia meluas ke seluruh pelusuk negara.
`
Orang kenamaan, wakil-wakil negara asing mula menziarahi jenazah Allahyarham di Seri Perdana pada pukul 9.30 pagi. Antara yang tiba awal ialah Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar yang kelihatan sibuk mengelolakan keadaan.
`
Ratusan orang ramai juga berduyun-duyun tiba untuk memberi penghormatan terakhir mereka.

Al Fatihah Untuk Almarhum Aziz bin Omar

HUKM, 19 Oktober 2005 - Seorang ahli cawangan kita, saudara Aziz bin Omar telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 4 petang hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak. Beliau yang meninggalkan seorang isteri serta 2 cahayamata
`
Jenazah almarhum akan dibawa pulang hari ini untuk disemadikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan oleh keluarga dan sanak saudaranya.
`
Almarhum merupakan mantan Bendahari Pemuda cawangan pada tahun 2003 - 2004. Beliau meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.
`
Sementara itu, Ketua Cawangan, Azman Haji Idris ketika ditemui di HUKM merakamkan ucapan takziah bagi pihak Ahli Jawatankuasa cawangan serta ahli-ahlinya, kepada keluarga almarhum.
`
Al-Fatihah

Lawatan Muhibbah Pemuda PAS Selangor Ke Rumah Mangsa Tahanan Polis


Kapar, 14 Oktober 2005 - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Ramli Sidom bersama Sdr Abdullah Abdul Karim, Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan HakAsasi Manusia(JUHAM) DPPNS telah mengadakan lawatan muhibah ke rumah keluarga adik Najmi Kamal Amir di Kg Sg Serdang, Kapar.
`
Najmi Kamal adalah mangsa tahanan pihak polis yang mendapat liputan media baru-baru ini. Lawatan yang turut disertai oleh Ustaz Haidar Taslin, Timbalan Ketua Pemuda DPPK Kapar mendapat sambutan serta layanan mesra dari keluarga tersebut.
`
Hasil daripada lawatan selama satu setengah jam itu, pihak DPPNS bersedia menawarkan khidmat guaman jika diperlukan. - sumber: dppns@yahoogroups.com

Datuk Sidek Meninggal

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2005 - Datuk Sidek Abdullah Kamar, bapa kepada jagoan badminton negara, Misbun, Jalani, Razif, Rahman dan Rashid meninggal dunia kira-kira jam 2.25 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.`

Rashid ketika dihubungi awal pagi tadi berkata, adik bongsunya, Shahrezan berada di sisi bapanya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
`
“Beberapa hari lalu, bapa dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi dan dipindahkan ke wad di tingkat lapan. Arwah sudah boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan tapi doktor menyatakan harapannya untuk pulih agak tipis,” katanya.
`
Rashid berkata, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Kancong Darat dekat Banting sebelum dikebumikan di tanah perkuburan kampung itu, hari ini.
`
Allahyarham menerima rawatan di hospital itu sejak 29 Julai lalu selepas mengalami kekejangan akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya serta mengadu sukar bernafas ketika berada di rumahnya.
`
Pada 30 Januari 2003, isteri Allahyarham, Datin Rukinah Sulaiman, 60, meninggal dunia selepas diserang angin ahmar di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang.
`
Hasil perkahwinan pada 1954, mereka dikurniakan lapan anak - Rozita, Misbun, Mohd Razif, Mohd Jalani, Abdul Rahman, Abdul Rashid, Zamaliah dan Mohd Shahrezan.
`
Enam daripada anak Allahyarham, Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman, Rashid dan Zamaliah, menjadi pemain badminton ternama yang mengangkat martabat negara di persada antarabangsa serta menjulang nama keluarga Sidek.
`
Malah Allahyarham menjadi tunjang kepada kekuatan keluarga itu dengan tidak putus-putus memberi sokongan kepada anaknya ketika bertanding dan berada di setiap gelanggang untuk memberi sokongan moral. - Hazli Hussaini dan Mohd Nur Asnawi Daud
Harian Metro

Ghafar Tenat Tapi Ada Tanda-tanda Stabil


KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Keadaan kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba yang dirawat di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di sini kini dalam keadaan tenat tapi hingga lewat malam tadi keadaannya ada tanda-tanda stabil.

Pakar Perubatan Dada PMC, Datuk Dr K Ampikaipakan yang ditemui di hospital itu berkata, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Rabu lalu, Ghafar dalam keadaan tenat.“Beliau diberikan alat sokongan pernafasan kerana paru-parunya tidak mampu berfungsi dengan sendiri. Kami melakukan yang terbaik untuk membantu memulihkan kesihatan beliau,” katanya.
s
Sementara itu, wakil Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Kapten (B) Abdul Karim Sulaiman yang meluangkan masa 10 minit melawat beliau semalam, berkata Mohd Ali meminta rakyat negeri mendoakan kesejahteraan Ghafar.
s
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Multimedia, Sains dan Teknologi negeri, berkata Ketua Menteri berharap anggota keluarga Ghafar bersabar menghadapi dugaan berkenaan.
s
Abdul Karim bagaimanapun diminta doktor supaya tidak berbual dengannya.
s
“Saya lihat keadaan beliau lemah dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Saya diarahkan tidak berbual dengan beliau kerana boleh mengganggu kesihatannya,” katanya di lobi PMC.
s
Turut kelihatan melawat Ghafar ialah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.
s
Sementara itu, anak sulungnya, Tamrin berkata: “Tun (Ghafar) keseorangan dan terkilan kerana tidak dapat membantu orang yang datang meminta bantuannya.
s
“Sejak tidak mempunyai kuasa dalam politik, bapa saya rasa keseorangan. Sebelum ini bapa saya cuma lelah biasa saja tetapi sejak Rabu lalu, keadaannya bertambah serius. Kami berdoa semoga bapa sembuh,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu semalam.
s
Tamrin berkata, meskipun tidak lagi menjadi Wakil Rakyat, masih ada pihak yang bertemu bapanya untuk mendapatkan bantuan tetapi bapanya menyatakan kepada mereka, beliau tidak mampu membantu kerana tidak mempunyai kuasa politik lagi.
s
Tamrin mempunyai enam adik, iaitu Sally Subri, Datin Zainun, Sofi, Asri, Hamidah dan Datin Sarah.
s
Ghafar yang dilahirkan pada 18 Februari 1925 lebih banyak menghabiskan waktu berehat di rumahnya di Lorong Bukit Pantai 5, di sini.
s
“Bapa saya menghidap lelah atau asma sejak berusia 70 tahun. Cuma itu saja. Jantung bapa saya tidak ada masalah,” katanya.
s
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipindahkan ke PMC pada jam 4 pagi Rabu lalu.
Sumber: Berita Minggu

Kelas Bimbingan STPM Untuk Banduan Penjara Kajang

Yayasan Amal Malaysia telah mengorak langkah serta meluaskan lagi skop khidmat kemasyarakatan dan kebajikan mereka, kali ini dengan mengadakan kelas bimbingan STPM kepada banduan-banduan yang terlibat di penjara Kajang.
s
Tiga anggota sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan kelas bimbingan STPM untuk para banduan di Penjara Kajang yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2006.Sukarelawan tersebut terdiri daripada Sdr Rozmal Malakan, Sdr Shamsul Kamal Idris dan Sdr Suhairi Sulaiman.
s
Sebagai banduan yang sedang menjalani hukuman, mereka sepatutnya diberi peluang untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan. Namun semua ini tidak akan berjaya tanpa sokongan serta panduan daripada masyarakat.
s
Justeru itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sangat mengalu-alukan kepada mana-mana individu terutamanya mereka dibidang pendidikan yang ingin memberikan khidmat sukarela para banduan ini bolehlah menghubungi Sdr Rozmal 012-2267406 (e-mel rozmal@yahoo.com ) atau Sdr Shamsul 019-6532973 (e-mel skamalidz@yahoo.com )
s

BEWARE OF POWER ABUSERS

From far I send you my humble greetings, to my dear best and brightest Malaysian students, to my respected fellow academics, leaders in politics, and to all of you wonderful participants eager to learn what power means and how it is used and abused at rampantly, as our economic and economic system enters another phase of rapidization.

For this speech, I draw my inspiration from my almost twenty years in the teaching profession both in Malaysian and in the United States. As all of you are aware, I had, together with a fellow academic and wife, Dr. Mutiara Mohamad, were dismissed by Universiti Utara Malaysia for refusing to sign the Surat Akujanji; a piece of document that represents an iron-fisted philosophy of totalitarianism and intellectual oppression in Malaysia’s public university. We were fired from UUM on December 8 2004, almost one year ago – without any reply for our request to be reinstated.

I taught the courses “Ilmu Pemikiran” and “Etika” when I was in Malaysia and believed that our society in the 21st. century will create more thinkers and ethical human beings as we progress materially. But I was thrown out of the Malaysian university for asking ethical questions. My letter to the Yang Di Pertuan Agong, Prime Minister, Minister of Higher Education, and several other Cabinet Ministers was ignored till now.

I now am teaching courses in Foundations of Civilization, Politics, Education, and Culture in three different departments in the United States. My love is still for the development of intellectualism and deep sense of social justice amongst Malaysians of all race, color, and creed.

We will continue to refuse to sign the Surat Akujanji and continue to carry the burdens of the consequences until the Minister of Higher Education discard the document. You as students will continue to demand for the abolishment of the UUCA, the ISA, and all forms of repressive acts that serve to perpetuate arrogance and ignorance in our society. Many have become victims in the process, many more victimizers continue to be created.
s
Let me talk about the relationship between “power and indoctrination”

Indoctrination
Indoctrination comes from the way power is derived and disseminated. Let us further explore what this means. I will then talk about how to differentiate between negative power and positive power and how we can become ‘vigilantes against power abusers’.

Power, to put it in simple modern management terms, is the ability to make things happen or to make other people do things for those who want to make things happen. Power must be made to be visible through legitimation and through the display of the signs and symbols of power. Power, as exercised in democratic settings can be liberating and transformative, but when exercised in totalitarian settings can be shackling and oppressive. I believe that we must learn to deconstruct the meaning of power, to analyse how it operates, and to deconstruct its meanings and manifestations so that we may understand what are negative and positive uses of power. Power can come from legitimation and from the instilling and institutionalisation of fear. Power can be exercised through Virtue and Terror, like the French revolutionaire Robespierre who put the concept to devastating use. Those who own the means to control others can also exercise power in the most sophisticated and gentle way so that the means of oppressing others can be the least visible.
s
Power, as Machiavelli advised, must first be acquired/wrestled for, consolidated/maintained, and expanded and used to control and dominate via ways that will make it effective and long-lasting. In a post-modern state, those in power desire to arrive at, borrowing Antonio Gramsci, a state of “hegemony” or moral and intellectual leadership whereby total power is derived from coercion and consent. To understand how power relations evolve and how those in power may cleverly use the ideological state apparatuses, one must understand how hegemony develops and how leaders or totalitarian regimes that produce regimes of truth survive.
s
Manifestations of power
It is no wonder that especially in the economic boom years of the 1980s and 1990s in at least one Malaysian university and other corporate educational settings there was an obsession to read two major classic work of raw power namely, Niccolo Machiavelli's ‘The Prince’, and Sun Tze's ‘The Art of War’. There was an obsession to study the history of warriors and warmongers such as Attila the Hun, Genghis Khan, and Bismarck and craft business strategies via ‘guerilla marketing techniques’ and use them to govern human beings. I believe the greatest danger is when these principles of war are used in higher educational settings to control and eventually stop the growth of democratic voices.
s
I believe the exercise of power through the application of such war principles, is one way to chart future ruins to the monuments and testament of democratic thinking Malaysia is constructing. Power must be understood in all its dimensions and complexities. It is manifested in the use of language, in signs and symbols of things around us, in the choice of knowledge ‘being made official’, in the control of the print, broadcast, and digital media. It is also manifested in the control of law-making and executing, in the way educational ideologies take shape, in the way the state educates its citizenry for a particular purpose, in the way human relations are conducted at any point in time, and in a multitude of other ways.
s
Power can be concentrated and dispersed, seen in the way rites and rituals are publicly displayed, made evident through the most mundane and minute of all forms of official communications, in the forms of addresses, in materials culture, and in the way one uses it as signs and symbols of history. Power is ascribed through one's very existence as an economic or cultural being; in one's professional life as well as one's cultural self. There is power in the image one produces through the fashion statement one makes and through the visual communication in which one engages.
s
Michel Foucault often used the term power/knowledge as one. How is this a possible amalgamation in our analysis of the world as a ‘book of signs’? Knowledge becomes power in the hands of those who produce or reproduce it. There is knowledge to transform the human self and there is knowledge to imprison it. ‘Negative’ power When is power ‘negative’? In the hands of those who own the means of transforming others, or entrusted to make decision for others, negative use of power can be seen in many dimensions.
s
When given power, the leader uses it to summon the resources to his/her own political, economic, and cultural agenda by building a network of peoples who can support the leaders' rise to higher levels of power. One can observe the rise of leaders and how power is gained, maintained, and used for particular gains. One can see how the ideological state apparatuses are used - the political, economic, military, social machinery - to further gain the legitimation to have power over others. When given the power, the leader imprisons those who opposes him/her.
s
There is another example from my own profession as an academician. When an educational leader is given power in a public educational institution, the leader will use his/her power to curb academic freedom, silence the voices of dissent, define what questions can be asked and what is forbidden, what bodies of knowledge to filter into the minds of the students, and how to manage the organisation like an efficient production house of good workers obedient to the dictates of the prevailing ideology.
s
The leader will ensure that the teaching faculty will not be allowed to teach the students how to think and to curb dissent among the faculty members. A leader who abuses power in academia is one who will discourage dissenting points of view. Leaders with power, in both instances, are exemplified as good users of negative power. They are, in short good abusers of positive power. Malaysia's transformation as a ‘knowledge society’ cannot afford to have such abusers of power. ‘Positive’ power When is power ‘positive’? When given the power, a good leader of the people will make sure that he/she is first and foremost a representative of the people and elected into public office to make things better for the greatest number of people.
s
A good user of positive power will free people from the shackles of domination and to ensure that being a political leader does not mean being an inheritor of colonialist thinking. He/she must understand, as the Algerian thinker Albert Memmi would put it, who is the “coloniser and who is the colonised” and “how the colonised can gradually transform into a coloniser”.
s
A good political leader is not elected to further divide and sub-divide people so that it will be easy for his/her regime to rule and to profit from turning people into utilities and consumers. A good political leader learns from the moral and ethical philosophies of the people governed and transform his/her understanding to create a humanistic and socially just nation of diverse peoples, guiding them through a careful path of social and technological progress; one that values social needs more than profits for the national and international few.
s
A good political leader will allow the growth of a strong system of check and balance, be they in the form of clear and efficient separation of power (of the executive, judiciary and legislative) or through the setting up of a strong opposition coalition in Parliament or Congress. A good political leader will allow himself/herself not serve indefinitely. A good government might even agree to share and rotate power amongst coalition parties in the spirit of ‘collaborative’ politics.

One-dimensional beings And, what is a good educational leader, then? How can we recognise whether he/she has used power wisely? A good university leader will assume the role of a philosopher and an intellectual leader, and not one playing the role of a politician or a commander of a regime of an ideology. A good university leader is one who understands philosophy.
s
Philosophy is about helping people make choices, helping develop strong principles in support of the choices made, and helping use the people's diverse opinions to create a learning environment in which diversity and dissent will in turn create a strong foundation of intellectualism.
s
The university should be a logical place to nurture the spirit of free inquiry wherein professors are not afraid to speak their truth and ask questions, and students are responsible enough to decide what political direction they are to choose.
s
A good university leader must be a social-democratic thinker in order to entertain and to encourage multiple voices to flourish. He/she must be a strong moral and intellectual leader who ensures that multi-dimensional thinking reigns and not one who will create, in the words of the American sociologist Herbert Marcuse, “one-dimensional beings”.
s
The public university is therefore not a place for authoritarian leaders who has not understood what a ‘university’ means, let alone what a ‘public university’ built for the common good signifies. A good university leader helps the place grow more intelligent and open. He/she will ensure that the institution will not turn to be a place for students to be suspended for asking questions in a university forum, or faculty members to be expelled, among other reasons, for asking for further clarifications on the fundamental issue of academic freedom.
s
This has unfortunately happened in a Malaysian public university. Power, in the instances I have sketched above, can therefore be conveniently abused or properly used. As democratic Malaysian citizens, we must learn to become vigilantes against those who have promised to serve us but choose to be intoxicated by the sweet arrogance of power.

I have to say goodbye now.
From far – I give you all my warmest regards. I shall one day return home, reinstated with dignity, to meet with all of you, God Willing.
s
Have a wonderful conference. Peace and justice to all.

AZLY RAHMAN
(Dr Azly Rahman adalah bekas Pensyarah UUM yang telah dibuang kerja hanya kerana enggan menandatangani Akujanji.Ucapan ini telah dibacakan oleh Sdr Hanipa Maiden di dalam satu himpunan mahasiswa anjuran GAMIS dan Solidariti Mahasiswa Malaysia di PJ pada 15 Oktober 2005)

Unit Amal Serdang Anjur Majlis Buka Puasa

Unit Amal Kawasan Serdang akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Amal bersama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib pada 15 Oktober ini.Majlis itu akan diadakan di Markas PAS Taman Kajang Utama, Kajang bermula jam 6.30 petang hingga 11 malam.

Majlis berbuka akan diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh bersama-sama Ustaz Taib Azamuddin.
s
Majlis berbuka puasa ini merupakan acara tahunan Unit Amal Serdang, yang mana hasil jualan kupon aktiviti ini akan disumbangkan terus kepada fakir miskin dan anak-anak yatim menjelang hari raya nanti.
s
Orang ramai yang berminat untuk berbuka boleh dapatkan kupon berharga RM10 dengan menghubungi Khairil Anuar di talian 012-9072326 dan Azizan di talian 013-3411171.
s
“Kamu tidak sekali-kali mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian(yang sempurna) sebelum kamu menderma sebahagian dari apa yang kamu sayangi“ Al-Imran:92 - Salmiyah Harun
s

Persatuan Pengguna Islam Malaysia Seru Boikot Colgate Thailand

Memorandum Bantahan kepada Kerajaan Thailand yang telah diserahkan kepada Kedutaan Besar Thailand di Kuala Lumpur pada Isnin 3 Oktober 2005 jam 12 tengahari
s
Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Selatan Thailand tidak akan lupa akan peristiwa bulan Ramadhan 2004 di mana berpuluh-puluh warganegara Thailand beragama Islam telah meninggal dunia akibat lemas setelah ditimbun di dalam trak-trak askar.
s
Mereka juga tidak akan dapat melupakan layanan buruk askar-askar Thailand – samada yang telah tersiar mahupun tidak tersiar melalui media massa - terhadap umat Islam.
s
Umat Islam tidak akan lupa dan sentiasa akan merasa tersentuh tatkala mengenangkan nasib beratus-ratus mangsa yang dipaksa meniarap dan merangkak sambil dibelasah dengan senjata serta tindakan-tindakan tidak berperikemanusiaan lain arahan Perdana Menteri Thaksin.
s
Kini Ramadhan muncul kembali dan umat Islam di negara itu masih lagi tidak sunyi dari ditindas oleh kerajaan Thaksin - malah ianya digerakkan secara lebih halus dan kejam lagi. Pelanggaran hak asasi manusia ini haruslah dipandang lebih serius oleh kerajaan-kerajaan ASEAN kerana ia boleh menimbulkan ketidakstabilan di rantau ini. Oleh yang demikian:
  1. sPersatuan Pengguna Islam Malaysia sekali lagi mengecam tindakan askar-askar Thailand dan Perdana Menteri Thaksin yang telah secara membabi buta menyerang dan memburu orang-orang Islam yang tidak berdosa terutamanya golongan yang berkait rapat dengan institusi agama Islam di keempat-empat wilayah Islam itu.
    s
  2. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar Perdana Menteri Thaksin mengadakan siasatan yang adil serta lebih mendalam dan memberkas dalang penyebab kacau-bilau yang mengakibatkan umat Islam yang tidak tahu–menahu dari terus tertuduh dan dibunuh secara kejam saban hari.
    s
  3. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar kerajaan Thaksin menggunakan peruntukan pengisytiharan darurat di Wilayah Selatan itu secara bijaksana dan berkesan untuk mengembalikan keamanan dan mengenalpasti punca sebenar kekacauan yang berlaku dan membawa semua puak yang terlibat ke meja perundingan dan menyelesaikan apa jua masalah secara diplomasi.
    s
  4. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar Perdana Menteri Thaksin menggeledah semua sarang dan modus operandi kumpulan pengedaran dadah, penjual senjata haram dan konco-konco yang terlibat dengan rasuah serta membanterasnya secara total tanpa membabitkan masyarakat Islam yang tidak berdosa secara keseluruhan.
    s
  5. Persatuan Pengguna Islam Malaysia menuntut agar semua umat Islam diberikan perlindungan sewajarnya di atas dasar perikemanusiaan serta diberikan layanan yang adil dalam apa jua kemelut yang melanda di selatan negara itu.
    s
  6. Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mendesak kerajaan Malaysia agar melindungi mereka yang masuk ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan sehingga mereka berjaya dihantar ke negara ketiga.
    s
  7. Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan terus mengaturkan tindakan pemulauan ekonomi serta lain-lain program yang sewajarnya untuk memberikan isyarat yang yang jelas dan keras kepada kerajaan Thailand agar memberhentikan segala kegiatan berbau kebinatangan dan biadap terhadap umat Islam. Ketika ini kami telah pun menganjurkan boikot terpilih barangan Thailand iaitu Ubat Gigi Colgate dan Ayam CP Lima Bintang .
    s
  8. Kami juga menuntut agar kerajaan Thailand merangka program pembangunan rakyat selatan Thailand itu dengan lebih teratur dan saksama serta mewujudkan wilayah yang produktif bagi menjamin keadaan sempadan kedua-dua negara satu kawasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
    s
Dato' Dr. Ma'amor Osman Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia
http://www.muslimconsumer.org

Yayasan Amal Rayu Bantuan Untuk Mangsa Gempabumi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh)-Yayasan Amal Malaysia merayu bantuan untuk membolehkan mereka membantu mangsa gempabumi yang dahsyat di Pakistan sekarang. Menurut Dr. Halimah Ali, Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia, gempa bumi yang dahsyat di Pakistan, Afghanistan dan India yang dianggar sekarang ini mencecah angka 40,000 kematian.

"Saya menyeru kepada semua yang disebutkan Nabi s.a.w.sebagai 'ikhwah' kepada mereka yang menderita sekarang ini, kelaparan, kesakitan, kesejukan, kesedihan dan ketakutan untuk membantu mereka di sana.
s
"Sewajarnya kita yang kononnya memperjuangkan agama Nabi ini harus proaktif ke depan untuk membantu saudara-saudara kita yang telah di beri ujian berat oleh Allah swt sebelum masa kita tiba, Naudzubillah.
s
"Sesungguhnya pengorbanan kita akan diberi ganjaran yang berlipat ganda sempena bulan yang mubarak ini. "Ayuhlah saudara, geraklah sesiapa sahaja yang ada rasa prihatin dan berperikemanusiaan untuk membantu YAYASAN AMAL MALAYSIA yang akan menyalur terus bantuan kepada mangsa gempa bumi," kata Dr Halimah dalam kenyataannya.
s
Menurut beliau, adalah diramalkan wabak Taun akan menyerang kawasan bencana ini apabila 'loji' pecah dan banyak mayat masih tertimbus.
s
Akibatnya, tidak ada langsung air bersih yang boleh diminum, wabak radang paru-paru kerana cuaca sejuk, tidak cukup makanan, wabak campak dan pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa mereka yang terselamat daripada gempa bumi ini.
s
"Kematian dianggar berlipatkali ganda sekiranya bantuan segera yang mencukupi tidak disalurkan," katanya. "Sila hubungi mereka yang berkenaan untuk menyalurkan bantuan anda. Semoga Allah swt membayar pelaburan anda berlipat kali ganda," katanya.

Mereka yang boleh dihubungi adalah:

  • Jamal (0196644796)
  • Aszmi (0192568820)
  • Dr. Halimah (0193152939)

Atau hantar terus ke Poliklinik & Surgeri Dr. Halimah(0333236988).
dipetik dari www.harakahdaily.net

Snuker Oh Snuker!

Lebih kurang 2 minggu sebelum Ramadhan, Cheras Jaya sekali lagi telah menerima arus pembangunan yang tak sepatutnya diterima. Pembukaan sebuah pusat snuker di Pusat Bandar Cheras Jaya bagaikan dialu-alukan oleh sebahagian masyarakat dan penguasa.
s
Tinjauan mendapati, pusat snuker tersebut didakwa berlesen. Siapa yang memberi lesen? Kalau berlesen, kenapa lokasinya agak tersorok? Setakat ini, penulis masih lagi menjalankan siasatan, dan belum lagi berpeluang menjejaki di dalam premis tersebut untuk menyaksikan dengan mata sendiri apa yang tersirat di dalamnya.
s
Laporan ini sekadar menimbulkan keprihatinan dan mengharapkan supaya sahabat-sahabat yang lain dapat membantu meninjau dan menyiasat kewujudan pusat snuker ini.
s
Kita tidak mahu generasi muda Cheras Jaya terutamanya terlibat dengan gejala-gejaal sosial dan jenayah lantaran wujudnya pusat-pusat hiburan seperti mesin kuda dan judi.
12 Oktober 2005